Monday, November 10, 2008

hasil pertama perjalanan pencarian berdasarkan penyelidikan

Hasil daripada kajian keefisyenan Bandar di bandaraya shah alam pada bulan September dan oktober menjelaskan bahawa kebanyakkan penduduk dalamkawaan tersebut bersetuju bahawa shah alam merupakan bandaraya yang efisen daripada pelbagai indicator yang dikaji. Walaupun begitu terdapat sesetengah warganya yang kurang bersetuju dan tidak pasti dengan tahap keefisyenan Bandar tersebut. Terdapat juga seorang responden yang tidak mahu menjawab boring soal selidik tetapi membei kesudian untuk becerita serba sedikit tentang bandaraya tersebut. Responden tersebut merupakan pelajar dalam peringkat sarjana dan juga pekerja di sebuah firma guaman dan lingkungan usia lewat 20-an. Pandangan yang saya dapati hasil daripada temubual singkat tersebut mendapati pandangannya tentang bandaraya shah alam jauh berbeza dengan responden-responden lain. Pada pendapatnya, shah alam tidak layak untuk mendapat pengiktirafan bandaraya kerana tidak lengkap dari sudut fasilitis. Antaranya adalah kemudahan hiburan, walaupun demikian dia menjelaskan bahawa peduduk masih boleh menikmati hiburan di luar bandaraya tersebut di sekitar kuala lumpur yang hanya mengambil masa beberapa minit dengan melalui lebuh raya persekutuan. Selain daripada itu, pendapat lain yang mendesaknya menolak pengiktirafan tersebut adalah dari segi penduduknya yang kebanyakkan adalah migrant. Hal ini amat saya setujui kerana, hampir kesemua responden yang diselidiki bukan penduduk asal shah alam. Mereka terdiri daripada pelajar yang menuntut di institusi awam dan swasta serta penduduk luar daripada kawasan lain yang bekerja di sekitar shah alam. Seterusnya, pendapatnya tentang masalah setinggan yang tidak pernah selesai yang mana penyebab masalah lain sepeti jenayah, rompakan dan pencemaran domestic sebenarnya menjejaskan lagi konsep bandaraya yang telah didapati pada tahun 2004.
Seterusnya, pendapat lainnya adalah ciri-ciri keelamatan yang kurang dipantau mengakibatkan bandaraya yang dianggap selamat untuk diduduki turut berlaku kejadian pembunuhan awal bulan Ramadan lalu yang melibatkan seorang suri orang kenamaan yang menetap di sana. Keadaan ini bagi pendapat responden tersebut mengakibatkan warganya beras atidak selamat dan selesa untuk tiggal dalam kawasan shah alam. Pendapat-pendapat ini hanya dikemukakan oleh satu-satunya responden yang berangapan bahawa shah alam tidak layak mendapat pengiktirafan sebagai sebuah bandaraya, namun dari segi keefisyenan dia ada mengatakan bahawa keefisyenan bandaraya sah alam perlu dipertingkatkan lagi dari segi mutu kemudahan dan perkhidmatan pihak-pihak berkuasa tempatan.

No comments: