Wednesday, November 19, 2008

pengangkutan bandar

Pada bahagian pengangkutan dalam borang soal selidik yang diberi kepada responden mendapati hasil analisis secara purata keseluruhan adalah pada tahap kurang efisyen dan tidak efisyen pada komponen-komponen tertentu. Pengangkutan yang berada pada tahap tidak efisyen ialah lapangan terbang dan sistem pengangkutan udara dan pelabuhan, pengangkutan kargo dan kapal persiaran. Responden meletakkan komponen-komponen tersebut pada tahap yang tidak efisyen kerana tidak pernah melihat kemajuan yang dilihat daripada komponen pengangkutan tersebut. Komponen-komponen pengangkutan yang lain seperti sistem pengangkutan antar bandar, sistem pengangkutan dalam bandar, kereta api, stesen bas dan teksi serta lain-lain yang terdapat dalam borang soal selidik berada dalam tahap yang kurang efisyen. Menurut Encik Nizam, lebuh raya yang menghubungkan kawasan Shah Alam daripada Petaling Jaya dan Subang Jaya sehingga ke pusat bandar dihubungkan dengan satu-satunya lebuhraya dikenali lebuhraya persekutuan. Selain daripada itu, pihak majlis bandaraya Shah Alam tidak berkuasa ke atas seluruh pengangkutan di Shah Alam. Justeru beliau mengatakan bahawa keadaan pengangkutan di bandar tidak dapat dipertingkatkan jika terdapat rugutan daripada warga bandaraya tersebut. Namun begitu berdasarkan pemerhatian didapati bahawa kemajuan pengangkutan antar dan dalam bandar didominasi oleh syarikat Rapid KL. Berdasarkan kajian soal selidik perkara ini turut dipersetujui oleh responden yang rata-ratanya pelajar. Selain daripada itu, tambahan responden dalam hal tersebit turut menyatakan bahawa perkhidmatan sukar didapati sekaligus tiada stesyen bas dan stesen teksi yang tetap di sana. Oleh yang demikian keadaan ini menjelaskan bahawa secara keseluruhan pengankutan di bandaraya tersebut tidak memenuhi keperluan penduduknya dan daripada penyelidikan mendapati responden lebih banyak menuding masalah ini kepada pihak majlis walhal perkara ini bukan berada dalam bidang kuasa dan tanggungjawab mereka. Walaubagaimana pun, pihak majlis berharap kuasa mereka lebih luas sehingga perkhidmatan pengangkutan namun disebabkan kekangan kewangan keadaan ini tidak dapat dilaksanakan kepada penduduknya.






No comments: