Wednesday, November 19, 2008

utiliti bandar

Seterusnya dalam kajian penyelidikan turut meliputi bahagian utility. Kebanyakkan responden bersetuju bahawa utility di Shah Alam hanya efisyen dalam sektor-sektor tertentu sahaja iaitu kemudahan pendidikan sekolah rendah dan menengah,kemudahan tabika dan kemudahan agama atau rumah ibadat. Selain itu juga , medan selera di sana turut diakui pada tahap yang efisyen sebagaimana telahpun terbukti padabahagian ekonomi yang mana responden bersetuju medan selera terdapat banyak di sekitar Shah Alam terutama di kawasan komersial contohnya di Kompleks PKNS. Komponen-komponen lain di bahagian utility didapati bahawa secara puratanya semuaresponden mendapati komponen-komponen atau sektor lain pada tahap kurang efisyen. Hal ini demikian menurut sebilangan responden mengatakan bahawa tumpuan pembangunan di Shah Alam seakan-akan tidak mengutamakan aspek-aspek lain. Kemudahan kawasan terbuka, taman rekreasi dan perpustakaan antara contoh utility yang masih tidak mampu menampung keperluan dan kehendak warga Shah Alam. Hal ini ditekankan oleh responden dalam golongan elajar dan remaja. Seterusnya, dalam komponen ICT pula, golongan responden tersebut juga mengatakan pada tahap kurang efisyen. Hal ini demikian kerana, mereka perlu ke pusat-pusat Bandar sekiranya mahu menggunakan perkhidmatan internet. Kekurangan utility tersebut lebih menjejaskan pelajar untuk menyiapkan kertas projek yang mana Shah Alam mempunyai banyak pusat pengajian tinggi. Secara keseluruhannya, kebanyakkan responden menganggap ituliti di kawasan tersebut masih berada pada tahap efisyen kecuali bagi beberapa aspek lain.


No comments: