Wednesday, November 19, 2008

infrastruktur bandar

Pada bahagian seterusnya dalam borang soal selidik yang diberi kepada responden, secara puratanya infrastuktur di Shah Alam turut berada pada tahap yang kurang efisyen. Namun, hasil dapatan juga mendapati bahawa hanya beberapa komponen sahaja berada pada tahap efisyen. Bekalan elektrik dan air sememangnya diakui bahawa infrastuktur tersebut kerana sepanjang menetap di Shah Alam mereka tidak menghadapi sebarang masalah gangguan bekalan tersebut. Namun begitu, secara purata keseluruhan jawapan responden yang ditemui jelas menunjukkan bahawa infrastruktur yang lain yang terdapat di sana berada pada tahap yang tidak memuaskan. justeru kebanyakkan daripada mereka meletak infrastruktur jaringan jalan raya, ict, sistem pembentungan dan lain-lain lagi. Berdasarkan pendapat didapati bahawa masalah infrustuktur yang paling memberi masalah kepada sebilangan besar penduduk Shah Alam adalah tempat meletak kenderaan. Hal ini kerana, kawsan pentadbiran dan kawasan komersial berada dalam satu kawasan yang sama dan saling berdekatan. Sebagai contoh, kompleks PKNS berada sangat berhampiran dengan wisma MBSA. Selain daripada itu, terdapat kawasan rekreasi berdekatan kawsan yang sama. masalah ini menjadi rumit lantaran pengguna-pengguna kenderaan seolah-olah perlu bersaing dengan sesama mereka misalnya antara pekerja kerajaan dan pekerja kompleks itu sendiri. Malahan berdasarkan rintihan responden, apabila salah meletak kenderaan, kenderaan mereka akan ditarik oleh pihak majlis. Justeru keadaan ini meyebabkan responden mengatakan bahawa pihak tertentu perlu meneliti semula keadaan tempat meletak kenderaan yang semakain teruk. Selain daripada itu, infrastruktur system saliran menunjukkan dengan jelas bahawa berada pada tahap yang kurang efisyen berdasarkan kajian bersama responden. Hal ini terbukti berdasarkan bencana banjir yang kerap berlaku di kawasan Shah Alam sejak tahun 2006 sehingga pada tahun ini, 2008. Menurut responden, ahli mjlis ada mengatakan bahawa masalah banjir akan diselesaikan dalam masa dua minggu. Namun berdasarkan pengalaman mereka pihak majlis akan mengambil masa yang lebih daripada yang dijanjikan. Oleh yang demikian, masalah tersebut menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang sukar pada masa bencana berlaku. Namun berdasarkan pertemuan bersama pegawai perancang Bandar yang pernah ditemui pada bulan puasa lepas, En. Nizam, beliau mengatakan bahawa masalah banjir yang pernah melanda kawasan sekitar Shah Alam sememangnya menjadi tanggungjawab pihak majilis. Namun apabila di soal mengenai punca masalah yang berlaku adakah disebabkan system saliran beliau menafikan. Justeru beliau member penjelasan bahawa punca sebenar masalah banjir adalah disebabkan daripada limpahan air sungai yang datang daripada sungai Gombak dan sungai-sungai yang berhampiran. Menurut beliau lagi, system pmbentungan telah dibuat berdasarkan piawai yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perairan Selangor. Malahan, hal-hal seperti banjir bukanlah tidak dapat diselesaikan, tetapi terdapat sesetengah hal yang berada di luar bidang kuasa majlis. Justeru kelewatan menyelesaikan masalh banjir adalah disebabkan karenah birokrasi. Secar ringkasnya beliau menjelaskan kebanyakkan masalah yang berlaku di bandaraya tersebut sukar diselesaikan dengan cepat kerana terdapat campurtangan daripada kerajaan persekutuan.






No comments: