Wednesday, October 29, 2008

efi-city:perjalanan kedua mencari persepsi warga shah alam

pada 22 oktober 2008 lalu, percarian persepsi warga shah alam terhadap keefisyenan bandar diteruskan. pada kali ini, pasukan kami hanya perlu mencari 22 orang responden untuk memenuhi bilangan responden yang ditetapkan iaitu seramai 45 orang. pada hari tersebut, dengan ucapan syukur responden berjaya dicari sambil ditemu bual tentang kajian yag dijalankan. seperti perjalanan pertama kumpulan kami, kesukaran mencari respondenmemang tidak dapat dinafikan. keadaan ini lebih tegar kepada mencari responden bukan bumiputera. namun begitu, responden yang berjaya di cari berdasarkan kriteria yang dikehendaki memberi maklum balas yang amat postif. secara keseluruhannya, responden yang hendak dicari berdasarkan faktor-faktor tertentu barjaya dicari. faktor pencarin responden ialah berdasarkan peratus kaum dalam komposisi penduduk di sha alam. setakat data yang didapati, bilangan responden bumiputera yang perlu dicari adalah sebanyak 30 orang, kaum cina sebanyak 7 orang dan kaum india seramai 8 orang. dalam perjalanan mencari responden, responden daripada kaum cina sukar untuk meluangkan masa kerana kebanyakkan daripada mereka terlibat dengan aktiviti perniagaan yang tidak mempunyai masa untuk menjawab soal selidik.

No comments: