Wednesday, November 19, 2008

budaya bandar Shah Alam

Seterusnya pada bahagian budaya pula kebanyakan reponden menanda pada tahap yang efisyen pada borang soal selidik. Namun berdasarkan analisis yang dijalankan mendapati bahawa hampir keseluruhan komponen budaya adalah kurang efisyen dan terdapat komponen budaya yang tidak efisyen iaitu perkhidmatan bagi mesyuarat, insentif, konvokesyen dan pameran dan aktiviti hiburan malam walaubagaimana pun masih terdapat beberapa aspek yang efisyen. Sudah dinyatakan pada analisis sebelumnya bahawa aktiviti hiburan adalah sangat kurang dijalankan di bandaraya tersebut berdasarkan pilisi yang telah ditetapkan. Seterusnya, pada pandangan responden aktiviti mesyuarat, konvensyen dan insentif sama rata antara efieyen dengan kurang efisyen. Hal ini kerana, berdasarkan kajian mendapati bahawa tiada tempat yang khusus untuk aktiviti sedemikian. Tambahan lagi responden turut tidak dapat mengenalpasti tempat-tempat yang bersesuaian dengan aktiviti yang dinyatakan dalam borang soal selidik. Namun begitu komponen lain turut dilihat tidak begitu memuaskan kerana berada pada tahap yang kurang efisyen. Walaupun terdapat pusat membeli belah serta hotel dan pusat peranginan, namun komponen budaya tersebut hanya berada pada kawasan-kawasan tertentu sahaja. Hal ini sekaligus menjadikan bandaraya tersebut tidak begitu mendapat perhatian daripada pelancong asing dan dalam negara. Walaupun begiu, bandaraya tersebut tetap dilengkapi dengan perkhidmatan untuk melakukan aktiviti pertanian seperti taman tema dan pusat rekreasi serta bas pelancong persiaran tetapi masih kurang daripada kecekapan pelaksanaan. Tambahan pula secara keseluruhan pendapat tentang kualiti perkhidmatan pelancongan membuktikan sektor ini pada tahap yang kurang efisyen. Daripada pendapat yang diperoleh daripada Encik Nizam kawasan bandraya tersebut sememangnya kurang mendapat sambutan daripada pelancong asing tetapi terkenal pada pelancong dalam negara yang menginginkan kedamaian dan ketenangan melalui percutian cara orang bandar.








No comments: