Wednesday, November 19, 2008

perkilangan

sektor perkilangan dalam bandaraya Shah Alam hasil analisis mendapati hampir kesemua bahagian-bahagian dalam sector tersebut pada tahap kurang efisyen pada persepsi responden. Namun seperti kebiasaanya terdapat responden yang mengakui sektor tersebut adalah punca pendapatan sebilangan penduduk di sana sekaligus membuktikan sektor tersebut adalah efisyen. Hal in lebih menjejaskan lagi kerana terdapat juga satu bahagian dalam sector tersebut pada tahap tidak efisyen iaitu kawalan industri kecil dan sederhana. Walaubagaimana pun, responden-responden bersetuju bahawa bandaraya tersebut amat dominan dalam pertumbuhan pesat pembinaan kilang-kilang pada seksyen-seksyen tertentu khas untuk aktiviti perindustrian. Secara kasarnya, sector perkilangan turut wujud dalam kawasan pembangunan pusat Bandar iaitu daripada seksyen 17 hingga la seksyen 24. Berdasarkan pendapat beberapa responden, mereka lebih tegas dalam membincangkan tentang satu bahagian perkilangan iaitu pengambilan tenaga kerja. Hal ini kerana, pengambilan tenaga di sana menurut pandangan mereka perlu dikawal kerana pengambilan tenaga kerja asing yang lebih diberi perhatian. Justeru penduduk tempatan sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Hal ini terutama pada sector perkilangan. Berdasarkan pendapat penyelidikan hal ini sudah tentu berlaku ekoran keraj kebanyakkan kilang-kilang di sana milik syarikat asing yang mana akan mengambil tenaga kerja asing yang boleh memberi kesan kepada kos pengeluaran yang rendah. Hal ini sekaligus pengiklanan peluang pekerjaan seakan-akan tidak memberi makna kepada penduduk tempatan walaupun terdapat pengiklanan jenis tersebut. Seterusnya dalam kawalan industri kecil dan sederhana keseluruhan analisis mendapati bahagian tersebut tidak efisyen walaupun kelihatan banyak gerai-gerai kecil dalam kawasan kompleks PKNS dan Plaza Alam Sentral.


No comments: