Wednesday, November 19, 2008

perdagangan bandar

Seterusnya dalam bahagian perdagangan hasil keseluruhan analisis mendapati bahawa terdapat komponen-komponen dalam bahagian tersebut berada pada tahap yang berbeza-beza. Namun begitu secara keseluruhannya mendapati bahawa perdagangan di Shah Alam berada pada efisyen dan kurang efisyen serta tidak efisyen. Hanya terdapat komponen dalam bahagian perdagangan yang mendapat hasil analisis pada tahap yang efisyen antaranya pusat membeli belah serta kedai pakaian dan tekstil. Hal kediaman. Hal ini kerana menurut responden terdapat pusat membeli belah yang lengkap dengan barang-barang kepeluan yang hendak dibeli seperti kompleks PKNS dan Plaza Alam Sentral. Seterusnya komponen perdagangan yang berada tahap yang tidak efisyen hasil analisis keseluruhannya ialah iburan, restoran dan bar. Komponen perdagangan ini sememangnya tidak efisyen adalah kerana perdangan di bandaraya tersebut lebih tertumpu pada bahagian lain. Hal ini kerana, polisi pmbangunan yang telah ditetapkan menyebabkan hiburan kurang membangun di sana samada dalam negara atau pada peringkat internasional. Namun begitu, keupayaan penduduk untuk mendapatkan perkhidmatan perdagangan adalah pada tahap baik dan perkhidmatan yang ada adalah disediakan cukup. Hal ini dijelaskan oleh responden-responden yang ditemui. Malahan kebanyakkan daripada mereka turut berharap agar sektor ini dikembangkan dengan lebih maju lebih-lebih lagi terhadap Shah Alam yang telah diiktiraf sebagai bandaraya. Walaupun begitu pada penelitian penyelidikan kumpulan terhadap sektor ini adalah berbeza dengan pendapat responden hasil daripada sumber-sumber lain. Hal ini kerana, pada keseluruhan perkhidmatan dan beberapa komponen yang terdapat di Shah Alam adalah sangat lengkap kerana adanya komponen-komponen seperti perkhidmatan kurier dan perkhidmatan pencarian pekerjaan/tenaga kerja asing.






No comments: