Wednesday, November 19, 2008

ekonomi bandaraya

Secara keseluruhan hasil maklum balas daripada responden tentang ekonomi di kawasan kajian didapati bahawa terdapat beberapa komponen ekonomi di Bandar shah alam diakui efisyen. Dalam sektor pekilangan, restoran dan pendidikan mendapati maklum balas responden mengatakan komponen-komponen tersebut adalah efisyen. hal ini terbukti kerana terdapat banyak kilang-kilang sekitar kawasan kajian conhohnya kilang hicom. seterusnya, jumlah institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang terdapat di shah alam seperti UITM dan Unisel cawangan Selangor membuktikan keefisyenan dalam sektor pendidikan.
Seterusnya hasil kajian mendapati kebanyakkan responden mengakui bahawa hamper keseluruhan komponen ekonomi yang terdapat dalam borang soal selidik yang dibekalkan adalah pada tahap kurang efisyen. Antara bahagian yang kurang efisyen termasuklah sektor perhotelan, perkhidmatan awam, penjajaan, pelancongan dan rekreasi, peruncitan, pengangkutan antar Bandar dan dalam Bandar pengunaan ICT dan lain-lain lagi. Namun begitu, maklum balas responden yang paling dominan adalah daripada bahaian perkhidmatan awan dan pengankutan antar dan pengangkutan dalam Bandar. hal ini kerana, kebanyakkan responden mengatakan bahawa kesukaran untuk mendapat bus daripada seksyen 19 ke pusat Bandar semakin teruk. hal ini kerana, terdapat responden yang datang dari luar pusat Bandar datang bekerja ke Bandar di sekitar seksyen 1-16 yang sememangnya kawasan tumpuan ekonomi. Mereka berharap agar pihak yang terbabit membantu menyelesaikan masalah tersebut, namun begitu, hasil daripada temuramah pengarah perancang Bandar di wisma MBSA mengatakan bahawa sektor pengangkutan berada dalam lingkauan kuasa majlis yang mana masalah pengankutan di Bandar tersebut hanya akan selesai oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap pengankutan di sana.
Selain daripada itu, secara keseluruhan juga didapati bahawa banyak responden yang memberi respon bahagian hiburan dan kehidupan malam di shah alam adalah tidak efisyen. hal ini kerana, tiada kelab-kelab malam dan sport toto di sana. Justeru, responden yang terdiri daripada golongan muda mengatakan keadaan ini tidak efisyen berlawanan dengan responden yang lebih berumur mengatakan bahawa bahagian ekonomi ini berada pada tahap efisyen. Hal ini turut diperakui oleh En. Nizam yang mengatakan bahawa Shah Alam berada di bawah polisi sultan yang tidak membenarkan hiburan diadakan di sana. Tambahan beliau lagi, hiburan yang ingin dikecapi oleh sebilangan rakyat boleh ke kawasan berhampiran shah alam seperti Selayang dan Petaling Jaya.
beberapa jadual dan graf yang menunjukkan pendat responden tentang beberapa aspek ekonomi



No comments: