Monday, October 13, 2008

majlis jawab isu setinggan

berdasarkan pegawai perancang MBSA,selepas roboh kg rimba jaya pada akhir 2007 masalah setinggan telah berjaya diselesaikan sekaligus mencapai matlamat shah alam untuk meenjadikan setinggan sifar di sana. namun begitu, ekoran daripada perubahan pucuk pimpinan baru, bandaraya tersebut akan terus membasmi isu setnggan.
menurut pegawai tersebut, setinggan di shah alam terbahagi kepada dua. pertama setinggan di atas tanah kerajaan dan setinggan di atas tanah persendirian(private). pembasmian kawasan dan masalah setinggan dijalankan melalui konsep pemindahan in-situ. melalui konsep tersebut, mana-mana setinggan yang duduk di atas tanah kerajaan akan dipindahkan ke rumah kos rendah. rumah kos rendah akan dibina oleh kerajaan di atas tanah yang diduduki dan atau setinggan diberi rumah lain yang berada jauh sedikit daripada kawasan asal. keadaan ini berlaku kerana, tanah kadang kala tidak mampu menampung jumlah setinggan yang ramai. jika setinggan duduk di atas tanah persendirian, maka pihak majlis akan menyerahkan keputusan kepada pemilik tanh. kebanyakkan tanah persendirian turut membuat rumah seperti yang dilakukan oleh pihak majlis. namun tanah persendirian yang sesuai akan dijadikan perumahan yang akan dipecahkan kepada lot-lot untuk penghuni setinggan. lot-lot perumahan tersebut akan didirikan rumah kos rendah yang mana pihak majlis akan menanggung kos pembelian rumah sebanyak tujuh ribu ringgit.
menurut pegawai tersebut, masalah setinggan harus diselesaikan dengan cepat kerana wujud masalah-masalah lain selain kepadatan penduduk di kawasan setinggan. implikasi setinggan dapat dirasa melalui masalah sosial. selain itu, kawasan privasi yang kotor dan masalah sistem pembuangan. jika masalah sosial, pihak majlis tidak bertanggungjawab kerana sikap penghini setinggan tidak boleh dikawal.

No comments: