Wednesday, September 24, 2008

pengenalan tentang shah alam

Pengenalan tentang Shah alam
Shah Alam yang mula-mula dibentuk adalah pada awal tahun 1970-an yang mana berada di bawah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru( DEB). Hal ini telah dijelaskan lagi oleh pegawai perancangan MBSA sekarang iaitu En. Norazmizam bahawa peratus penduduk yang telah ditetapkan adalah sebanyak 70% dan 30%. 70% adalah dalam kalangan bumiputera manakala selebihnya adalah peratusan untuk kaum-kaum lain. Hal ini adalah untuk merancang ekonomi bagi penduduk bumiputera agar mencapai matlamat DEB di Shah Alam. Namun begitu, sehingga sekarang menurut pegawai tersebut menerangkan bahawa sasaran Shah Alam untuk mencapai komposisi penduduk seperti yang dirancang tidak berjaya. Pada masa kini bilangan penduduk bumiputera adalah sebanyak 60% dan keatas manakala kaum-kaum lain adalah sebanyak 30% dank e atas daripada jumlah penduduk bandaraya tersebut sebanyak 500 000 orang.
Kini, pusat Bandar Shah Alam merupakan kawasan sekitaran seksyen 1-16 yang mana wisma MBSA berada di tengah-tengah pusat Bandar. Pusat Bandar adalah sebagai kawasan pentadbiran seperti melakukan urusan perbankan dan kemudahan kesihatan. Kawasan pembangunan yang masih dijalankan di bandaraya tersebut adalah sekitar seksyen 17-24. Seterusnya, selain pusat Bandar. Shah Alam juga mempunyai banyak pusat daerah (subcity) dalam seluruh kawasan bandaraya tersebut. Sebelum MBSA, Shah Alam ditadbir olej PKNS yang mana menbangunkan seksyen 14 sebagai kawasan pusat Bandar dan perkara ini menunjukkan bahawa pembangunan di sana berdasarkan system hieraki.
Pusat Bandar(city center) terdiri daripada kemudahan pentadbiran seperti bank, pejabat pos, pejabat kerajaan yang mana berada di sekitar wisma MBSA dan kemudahan klinik kerajaan berada dalam seksyen 7. Kemudahan pasar besar yang disediakan, penduduknya perlulah menggunakan lingkaran lebuhraya persekutuan yang meliputi utara dan selatan bandaraya tersebut. Juster, pasar besar yang berada di tengah-tengah bandaraya membolehkan penduduk dari seluruh kawasan untuk sampai ke sana.
Seterusnya, pusat daerah pula hanya bertanggungjawab terhadap aktiviti komersial yang kecil seperti kedai runcit. Pusat daerah juga tiada kemudahan local seperti yang disediakan di pusat Bandar terutamanya bagi pihak majlis yam berperanan dalam menentukan pembangunan di pusat Bandar serta pusat daerah.

No comments: