Thursday, September 4, 2008

shah alam dan banjir









banjir merupakan fenomena semulajadi akibat jumlah air hujan yang turun dalam satu-satu masa. namun, pada masa sekarang banjir boleh berlaku akibat daripada faktor yang dilakukan oleh manusia yang mengubah bentuk muka bumi dengan ekstrim. dikawasan bandar, banjir berlaku akibat daripada permukaan muka bumi yang yang hampir keseluruhan telah ditutupi dengan bahan-bahan konkrit yang tidak telap air. tanpa tanah, air hujan yang turun tidak dapat diserap terus ke dalam tanah. justeru alairan air tersebut akan akan mengalir mengikut permukaan yang terdedah seperti konkrit dan simen terus ke kawasan saliran seperti sungai. jika air yang mengalir terus ke kawasan sungai tanpa diserap oleh tanah, maka banjir kilat akan berlaku. hal ini demikian kerana, aras air sungai akan meningkat seterusnya melimpah ke kawasan berdekatan lalu mengakibatkan banjir.

kejadian banjir kilat selalunya terjadi di kawasan bandar. bandaraya Shah Alam tidak terlepas daripada fenomena ini yang kini lebih dikenali sebagai bencana alam. istilah ini terjadi kerana banjir kilat boleh memusnahkan harta benda dan boleh meragut nyawa selain daripada penyebaran penyakit.

bencana alam tersebut yang pernah terjadi di beberapa kawasan bandaraya Shah Alam pada bulan Februari 2006 adalah ekoran daripada pembangunan yang tidak terancang. oleh itu, pihak berkuasa tempatan memainkan peranan yang begitu besar bagi menangani kejadian yang seperti banjir. malah pihak berkuasa perlu bersedia untuk kejadian-kejadian yang bakal berlaku pada masa depan di bandaraya tersebut demi kepentingan warga mereka. antaranya pihak berkuasa perlu memantau serta mengawal aktiviti pemaju supaya mereka lebih bertanggungjawab dan menjaga alam sekitar. mekanisme tersebut adalah antara cadangan yang telah diutarakan oleh seorang pensyarah pengajian tinggi di Shah Alam selepas bandaraya Shah Alam mengalami banjir yang teruk pada tahun 2006.


oleh yang demikian, banjir boleh menjadi satu isu yang besar jika tidak dapt ditangi oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab melaksanakannya. isu banjir juga boleh dijadikan sebagai masalah pembandaran pada zaman globalisasi sekarang.

1 comment:

Anonymous said...

"Selangor Maju"
tapi pembangunan pesat yang tidak terancang mengakibatkan banjir belaku.
kenapa?
pihak perancang seharusnya meneliti pelan yang dikemukakan
bila ini berlaku, pemaju salahkan kontraktor, kontraktor pula salahkan pihak berkuasa dan seterusnya.....
ini seumpama lagu bangau oh bangau yang akhirnya hakikat sebenar tidak dapat dielakkan lagi.
cuba anda nyani lagu bangau oh bangau
then nayani dan gantikan dengan pihak-2 yang terlibat dalam pembangunan. sama aje
percaya la
akhirnye menyalahkan kuasa Tuhan yang menurunkan hujan
am i right
i need others comment too