Tuesday, September 9, 2008

shah alam dan setinggan


selain daripada masalah banjir, bandaraya ini juga tidak lari daripada isu pembandaran yang agak popular jika proses urbanisasi ini berlaku. shah alam juga mengalami masalah setinggan. hal ini terjadi berikutan daripada aliran masuk migran daripada pelbagai kawasan.

namun walaupun hal sedemikian, pihak berkuasa tempatannya(MBSA) telah berjaya mengatasi masalah tersebut dengan merobohkan 274 daripada 1,121 rumah setinggan yang terdapat di Kampung Rimba Jaya, yang mana telah selesai dilakukan Disember tahun lalu. mekanisma ini dilakukan oleh MBSA adalah kerana ingin mencapai matlamat setinggan sifar. selain daripada itu, MBSA telah berjaya memindahkan keluarga setinggan di kawasan pentadbiran yang dibinan dengan kawasan perumahan kos rendah di tempat yang sama.

walaupun begitu, ekoran daripada kepesatan pembangunan yang berlaku di shah alan yang tidak pernah putus-putus masalah setinggan akan tetap menjadi satu bebanan kepada pihak berkuasa tempatan untuk sentiasa memantau kawasan setinggan sekitar bandaraya tesebut.

No comments: