Tuesday, August 26, 2008

pihak berkuasa tempatan shah alam(perkhidmatan)

MBSA juga mementingkan perkhidmatan kepada warganya dengan cara menawarkan khimat yang cemerlang. Hal ini demikian kerana, perkhidmatan yang ditawarkan memudahkan warga Shah Alam untuk berurusan dengan mereka dengan kemudahan"hot line" dan khidmat pesanan ringkas(sms). Antara perkhidmatan yang terbaru disediakan adalah menawarkan sewaan harta-harta Majlis Bandaraya Shah Alam iaitu penyewaan harta kepada pihak swasta di dalam mahupun luar negara. slain itu, bagi penduduk yang memiliki kompaun boleh menyemak kompaum mereka melalui sistem pesanan ringkas. Malahan, setanding dengan era globalisasi pada zaman ini, MBSA dilihat begitu peka terhadap penawaran perkhidmatan secara online(e-perkhidmatan). Perkhidmatam-perkhidmatan ini secara kasarnya dapat membuktikan bahawa pihak MBSA mementinhkan kesenangan dan keselesaan warganya. Sebagai contoh, e-Aduan, e-Kompaun, e-Bayar dan e- Borang.

No comments: