Saturday, August 30, 2008

Pengisyhtiharaan Majlis Bandaraya Shah Alam




Bandaraya Shah Alam mula diisytiharkan sebagai perbandaran pada 10 Oktober 2000. Pengisytiharaan ini membuktikan Shah Alam telah berkembang pesat dari aspek pembangunan. Seterusnya menjadi bandaraya ke-7 selepas Bandaraya Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Ipoh dan Majlis Bandaraya Kota Kinabalu. Di samping itu, Bandaraya Shah Alam menepati beberapa kriteria utama yang memboleh Shah Alam mendapat gelaran bandaraya. Sebagaimana kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan iaitu mempunyai penduduk melebihi 400 000 orang, jumlah pendapatan tahunan melebihiRM 100 juta dan menjadi pusat pentabiran, perniagaan serta perdagangan. Namun begitu terdapat kriteria yang paling dominan sekali iaitu Shah Alam merupakan Bandar Ibu Negeri Selangor.
Justeru, Pihak Berkuasa Tempatan Shah Alam yang dahulunya Majlis Perbandaran Shah Alam kini turut dikenali sebagai Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA). MBSA mempunyai beberapa matlamat yang juga menjadi lambang kepada PBT Shah Alam tersebut menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat bandaraya tersebut. Seterusnya mempunyai matlamat untuk menjadi PBT yang unggul kepada masyarakat dan pandangan dunia.

No comments: