Wednesday, November 19, 2008

imej bandar

Seterusnya pada bahagian imej Bandar, hampir keseluruhan responden mengataka bahawa bandaraya tersebut berada pada tahap yang efisyen dan kurang efisyen. Hal ini kerana, hasil keseluruhan analisis yang dibuat membuktikan kenyataan ini. Walaubagaimana pun berdasarkan pertemuan peribadi bersama responden terdapat responden yang bersetuju bandaraya tersebut pada keseluruhan bahagian ini pada tahap yang efisyen oleh responden yang berada dalam lingkauan umur yang melebihi 35 tahun dank ke atas.
Namun begitu masih terdapat responden yang mengakui bahawa imej Shah Alam berada pada tahap yang baik. Pertemuan dengan Encik Nizam sebelumnya telah menjelaskan bahawa imej Bandar tersebut semengnya kelihatan berbeza berbanding Bandar-bandar lain. Hal ini kerana keseluruhan pembangunan yang hendak dijalankan perlu berada di bawah polisi Sultan Selangor. Dalam maksud yang lebih jelas beliau memberi contoh bangunan yang hendak dibina di Shah Alam tidak bolah melebihi tinggi kubah masjid Shah Alam iaitu symbol yang amat terkenal untuk mengenali bandaraya tersebut. Tambahan beliau lagi, perumahan yang dibina mempunyai rumah yang lebih besar dalam seksyen-seksyen tertntu. Hal ini kerana berdasarkan polisi yang dibuat oleh Sultan ialah hendak menjadikan bandaraya tersebut aman dan tenang untuk diduduki tanpa gangguan social. Oleh sebab itu, bandaraya tersebut tiada komudahan social yang menjadi tumpuan golongan remaja seperti kelab-kelab hiburan dan pusat perjudian. Selain daripada itu, menurut beliau lagi secara kasarnya penduduk Shah Alam adalah bukan penduduk asal tetapi datang daripada kawasan luar untuk menetap di Shah Alam selepas pencen sekaligus tidak apat dipastikan tingkat pendapatan penduduk di sana.





No comments: