Wednesday, October 29, 2008

efi-city:perjalanan kedua mencari persepsi warga shah alam

pada 22 oktober 2008 lalu, percarian persepsi warga shah alam terhadap keefisyenan bandar diteruskan. pada kali ini, pasukan kami hanya perlu mencari 22 orang responden untuk memenuhi bilangan responden yang ditetapkan iaitu seramai 45 orang. pada hari tersebut, dengan ucapan syukur responden berjaya dicari sambil ditemu bual tentang kajian yag dijalankan. seperti perjalanan pertama kumpulan kami, kesukaran mencari respondenmemang tidak dapat dinafikan. keadaan ini lebih tegar kepada mencari responden bukan bumiputera. namun begitu, responden yang berjaya di cari berdasarkan kriteria yang dikehendaki memberi maklum balas yang amat postif. secara keseluruhannya, responden yang hendak dicari berdasarkan faktor-faktor tertentu barjaya dicari. faktor pencarin responden ialah berdasarkan peratus kaum dalam komposisi penduduk di sha alam. setakat data yang didapati, bilangan responden bumiputera yang perlu dicari adalah sebanyak 30 orang, kaum cina sebanyak 7 orang dan kaum india seramai 8 orang. dalam perjalanan mencari responden, responden daripada kaum cina sukar untuk meluangkan masa kerana kebanyakkan daripada mereka terlibat dengan aktiviti perniagaan yang tidak mempunyai masa untuk menjawab soal selidik.

Friday, October 17, 2008

efi-city:perjalanan pertama pencarian persepsi warga shah alam

sebanyak 45 penduduk shah alam yang perlu dicari untuk mengenalpasti persepsi mereka terhadap keefisyenan bandar. berdasarkan komposisi penduduk yang diperolhi daripada data penduduk pada tahun 20056 didapati penduduk shah alam telah melebihi 400 000 arang.
pada hari pencarian responden,16 oktober,perjuangan kumpulan kami yang terdir daripada mohd faizal(pejal) dan rifhan berjalan dengan perasaan yang gembira. namun, hanya sebanyak 23 orang yang dapat dicari pada hari pertama selama 5 jam tanpa rehat di sekitar pusat bandar shah alam. kekangan mencari penduduk bukan sahaja disebabkan faktor semulajadi(hujan)malah sudah semestinya lebih banyak disebabkan kesukaran mencari responden yang sudi bekerjasama.
bukan itu sahaja, kekangan responden untuk memahami soalan yang dituju mengakibatkan jawapan yang diperolehi seakan tidak menepati kehendak kumpulan kami.namun sebagai tugas kami berjaya menemu bual beberapa responden di samping menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam borang soal-selidik. walaupun terdapat beberapa responden yang tidak berpuas hati dengan bilangan soalan yang banyak.
pada tengahari cuaca panas melancarkan permulaan kajian kami. namun, disangka panas hingga ke petang tapi hujan juga akhirnya menyebabkan kami sukar meneruskan pencarian responden.

HASIL AWAL

kesimpulan awal yang dapat dibuat berdasarkan keprihatinan responden yang memberi kerjasama adalah hampir keseluruhan responden rsa gembira tinggal di kawasan shah alam. namun dari segi kemudahan meraka kebanyakkan mendambakan peyelenggaraan yang consisten daripada pihak majlis yang bertanggungjawab. namun begitu, kesimpulan ini hanya kesimpulan awal bagi setengah jumlah responden yang berjaya ditemubual. malahan, ia dibuat berdasarkan

Monday, October 13, 2008

majlis jawab isu setinggan

berdasarkan pegawai perancang MBSA,selepas roboh kg rimba jaya pada akhir 2007 masalah setinggan telah berjaya diselesaikan sekaligus mencapai matlamat shah alam untuk meenjadikan setinggan sifar di sana. namun begitu, ekoran daripada perubahan pucuk pimpinan baru, bandaraya tersebut akan terus membasmi isu setnggan.
menurut pegawai tersebut, setinggan di shah alam terbahagi kepada dua. pertama setinggan di atas tanah kerajaan dan setinggan di atas tanah persendirian(private). pembasmian kawasan dan masalah setinggan dijalankan melalui konsep pemindahan in-situ. melalui konsep tersebut, mana-mana setinggan yang duduk di atas tanah kerajaan akan dipindahkan ke rumah kos rendah. rumah kos rendah akan dibina oleh kerajaan di atas tanah yang diduduki dan atau setinggan diberi rumah lain yang berada jauh sedikit daripada kawasan asal. keadaan ini berlaku kerana, tanah kadang kala tidak mampu menampung jumlah setinggan yang ramai. jika setinggan duduk di atas tanah persendirian, maka pihak majlis akan menyerahkan keputusan kepada pemilik tanh. kebanyakkan tanah persendirian turut membuat rumah seperti yang dilakukan oleh pihak majlis. namun tanah persendirian yang sesuai akan dijadikan perumahan yang akan dipecahkan kepada lot-lot untuk penghuni setinggan. lot-lot perumahan tersebut akan didirikan rumah kos rendah yang mana pihak majlis akan menanggung kos pembelian rumah sebanyak tujuh ribu ringgit.
menurut pegawai tersebut, masalah setinggan harus diselesaikan dengan cepat kerana wujud masalah-masalah lain selain kepadatan penduduk di kawasan setinggan. implikasi setinggan dapat dirasa melalui masalah sosial. selain itu, kawasan privasi yang kotor dan masalah sistem pembuangan. jika masalah sosial, pihak majlis tidak bertanggungjawab kerana sikap penghini setinggan tidak boleh dikawal.