Wednesday, September 24, 2008

pengenalan tentang shah alam

Pengenalan tentang Shah alam
Shah Alam yang mula-mula dibentuk adalah pada awal tahun 1970-an yang mana berada di bawah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru( DEB). Hal ini telah dijelaskan lagi oleh pegawai perancangan MBSA sekarang iaitu En. Norazmizam bahawa peratus penduduk yang telah ditetapkan adalah sebanyak 70% dan 30%. 70% adalah dalam kalangan bumiputera manakala selebihnya adalah peratusan untuk kaum-kaum lain. Hal ini adalah untuk merancang ekonomi bagi penduduk bumiputera agar mencapai matlamat DEB di Shah Alam. Namun begitu, sehingga sekarang menurut pegawai tersebut menerangkan bahawa sasaran Shah Alam untuk mencapai komposisi penduduk seperti yang dirancang tidak berjaya. Pada masa kini bilangan penduduk bumiputera adalah sebanyak 60% dan keatas manakala kaum-kaum lain adalah sebanyak 30% dank e atas daripada jumlah penduduk bandaraya tersebut sebanyak 500 000 orang.
Kini, pusat Bandar Shah Alam merupakan kawasan sekitaran seksyen 1-16 yang mana wisma MBSA berada di tengah-tengah pusat Bandar. Pusat Bandar adalah sebagai kawasan pentadbiran seperti melakukan urusan perbankan dan kemudahan kesihatan. Kawasan pembangunan yang masih dijalankan di bandaraya tersebut adalah sekitar seksyen 17-24. Seterusnya, selain pusat Bandar. Shah Alam juga mempunyai banyak pusat daerah (subcity) dalam seluruh kawasan bandaraya tersebut. Sebelum MBSA, Shah Alam ditadbir olej PKNS yang mana menbangunkan seksyen 14 sebagai kawasan pusat Bandar dan perkara ini menunjukkan bahawa pembangunan di sana berdasarkan system hieraki.
Pusat Bandar(city center) terdiri daripada kemudahan pentadbiran seperti bank, pejabat pos, pejabat kerajaan yang mana berada di sekitar wisma MBSA dan kemudahan klinik kerajaan berada dalam seksyen 7. Kemudahan pasar besar yang disediakan, penduduknya perlulah menggunakan lingkaran lebuhraya persekutuan yang meliputi utara dan selatan bandaraya tersebut. Juster, pasar besar yang berada di tengah-tengah bandaraya membolehkan penduduk dari seluruh kawasan untuk sampai ke sana.
Seterusnya, pusat daerah pula hanya bertanggungjawab terhadap aktiviti komersial yang kecil seperti kedai runcit. Pusat daerah juga tiada kemudahan local seperti yang disediakan di pusat Bandar terutamanya bagi pihak majlis yam berperanan dalam menentukan pembangunan di pusat Bandar serta pusat daerah.

Tuesday, September 9, 2008

shah alam dan setinggan


selain daripada masalah banjir, bandaraya ini juga tidak lari daripada isu pembandaran yang agak popular jika proses urbanisasi ini berlaku. shah alam juga mengalami masalah setinggan. hal ini terjadi berikutan daripada aliran masuk migran daripada pelbagai kawasan.

namun walaupun hal sedemikian, pihak berkuasa tempatannya(MBSA) telah berjaya mengatasi masalah tersebut dengan merobohkan 274 daripada 1,121 rumah setinggan yang terdapat di Kampung Rimba Jaya, yang mana telah selesai dilakukan Disember tahun lalu. mekanisma ini dilakukan oleh MBSA adalah kerana ingin mencapai matlamat setinggan sifar. selain daripada itu, MBSA telah berjaya memindahkan keluarga setinggan di kawasan pentadbiran yang dibinan dengan kawasan perumahan kos rendah di tempat yang sama.

walaupun begitu, ekoran daripada kepesatan pembangunan yang berlaku di shah alan yang tidak pernah putus-putus masalah setinggan akan tetap menjadi satu bebanan kepada pihak berkuasa tempatan untuk sentiasa memantau kawasan setinggan sekitar bandaraya tesebut.

Thursday, September 4, 2008

shah alam dan banjir









banjir merupakan fenomena semulajadi akibat jumlah air hujan yang turun dalam satu-satu masa. namun, pada masa sekarang banjir boleh berlaku akibat daripada faktor yang dilakukan oleh manusia yang mengubah bentuk muka bumi dengan ekstrim. dikawasan bandar, banjir berlaku akibat daripada permukaan muka bumi yang yang hampir keseluruhan telah ditutupi dengan bahan-bahan konkrit yang tidak telap air. tanpa tanah, air hujan yang turun tidak dapat diserap terus ke dalam tanah. justeru alairan air tersebut akan akan mengalir mengikut permukaan yang terdedah seperti konkrit dan simen terus ke kawasan saliran seperti sungai. jika air yang mengalir terus ke kawasan sungai tanpa diserap oleh tanah, maka banjir kilat akan berlaku. hal ini demikian kerana, aras air sungai akan meningkat seterusnya melimpah ke kawasan berdekatan lalu mengakibatkan banjir.

kejadian banjir kilat selalunya terjadi di kawasan bandar. bandaraya Shah Alam tidak terlepas daripada fenomena ini yang kini lebih dikenali sebagai bencana alam. istilah ini terjadi kerana banjir kilat boleh memusnahkan harta benda dan boleh meragut nyawa selain daripada penyebaran penyakit.

bencana alam tersebut yang pernah terjadi di beberapa kawasan bandaraya Shah Alam pada bulan Februari 2006 adalah ekoran daripada pembangunan yang tidak terancang. oleh itu, pihak berkuasa tempatan memainkan peranan yang begitu besar bagi menangani kejadian yang seperti banjir. malah pihak berkuasa perlu bersedia untuk kejadian-kejadian yang bakal berlaku pada masa depan di bandaraya tersebut demi kepentingan warga mereka. antaranya pihak berkuasa perlu memantau serta mengawal aktiviti pemaju supaya mereka lebih bertanggungjawab dan menjaga alam sekitar. mekanisme tersebut adalah antara cadangan yang telah diutarakan oleh seorang pensyarah pengajian tinggi di Shah Alam selepas bandaraya Shah Alam mengalami banjir yang teruk pada tahun 2006.


oleh yang demikian, banjir boleh menjadi satu isu yang besar jika tidak dapt ditangi oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab melaksanakannya. isu banjir juga boleh dijadikan sebagai masalah pembandaran pada zaman globalisasi sekarang.

Monday, September 1, 2008

Shah Alam(Majlis Bandaraya Shah Alam)

MBSA berperanan dan berfungsi sebagai pihak berkuasa tempatam yang bertanggungjawab merancang dab membangunkan bandaraya Shah Alam. Selain itu, MBSA juga berperanan dalam penguatkuasaan undang-undangyang berkaitan demi untuk masyarakat tempatan sekitar bandaraya tersebut. Pada dasarnya Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan kepada warga Shah Alam. Justeru, berlambangkan logo korporat pihak berkuasa berkuasa berkenan, mereka mangamalkan budaya kerja yang menekankan kepada etika perkhimatan dan nilai-nilai budaya yang bersih. Selain daripada itu, MBSA bersedia memberi menyediakan perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra. Perkara-perkara yang berkaitan tentang matlamat yang dibuat oleh MBSA adalah berdasarkan Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan. Akta ini memperuntukkan MBSA mentadbir, memberikan perkhidmatan serta membangunkan bandaraya Shah Alam.